Slider[Style1]

Style2

Style3

Style5

Gaya Jawab! Dicekup Khalwat, Putri Mardiana Jemput JAIS Minum


Nampaknya identiti pelakon berstatus janda yang dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 3.23 pagi tadi sudah terbongkar.

Putri Mardiana, 33, yang pernah popular dengan filem Ngangkung akhirnya mengaku dialah pelakon yang terlibat dalam tangkapan itu.

Namun, penjelasan Mardiana menerusi Malaysian Digest agak menarik pada pandangan kami.

Apa tidaknya, biarpun dicekup, dia masih mampu menjemput pihak JAIS untuk minum sehingga mereka serba-salah.

Katanya lagi, ketika kejadian, teman lelakinya, Shahrizam Abdullah atau Ejump hanya masuk untuk minum air.

"Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa," jelasnya.

Seperkara lagi, Mardiana turut mendakwa mereka telah diperangkap oleh bekas teman lelakinya yang dikatakan cemburu melihat kebahagiaannya.

Ditanya mengenai status teman lelakinya yang dikatakan 'suami orang', pelakon itu memberitahu bahawa Ejump telahpun selesai prosiding perceraian di mahkamah hari ini.

"Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu.

"Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.

"Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya.

"Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di 'prank' bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.

"Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat," katanya.

Fuh, macam drama pula!

Bagi kami, penjelasan Mardiana itu mungkin akan mengundang persoalan adakah punca perceraian teman lelakinya ada kaitan dengan kehadiran pelakon itu dalam rumahtangga mereka?

Atau mungkin kita hanya akan mendapat jawapan klise iaitu, 'rumahtangga mereka memang sudah bermasalah sebelum kehadiran saya'.

Apapun, sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan kes ini.



VIDEO LAKONAN PUTRI MARDIANA DALAM FILEM LAGA



 Oleh: ELZA

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Berhati-Hati Dengan Cara Baru Sindiket Mencuri Kereta Ini


Pernahkah anda terserempak dengan gambar di atas yang di mana penunggang motorsikal mengambil tiket parkir?

Sekiranya ada, segeralah mengambil gambar no plat motorsikal berkenaan dan terus laporkan di bilik pengawal penjaga parkir atau Polis.

Menurut sumber, gambar di atas di ambil oleh seseorang ketika hendak membeli belah di Jusco Tebrau, Johor.

Untuk makluman anda semua, ini adalah modus operandi terbaru sindiket mencuri kereta yang sedang digiatkan oleh penjenayah sekitar pusat membeli belah.

Taktik penjenayah tersebut adalah dengan merampas kenderaan di belakang sewaktu pengguna hendak keluar dari pusat membeli belah.

Penjenayah ini amat licik kerana mereka akan memerhati kecuaian dan kesilapan manusia.

Mereka dikatakan  akan memecah cermin kenderaan yang hendak dicuri, lebih-lebih lagi jika mangsa adalah merupakan golongan perempuan.

Terdapat sebuah kes di Jusco Bukit Tinggi Klang, di mana seorang pemandu perempuan hendak membayar parkir di mesin sebelah dan membiarkan kereta dalam keadaan enjin masih hidup.

Dengan sepantas kilat penjenayah yang mengunakan taktik mengambil tiket menggunakan motor seperti gambar di atas terus mengambil kesempatan dengan merampas kereta mangsa sewaktu mangsa hendak membayar parkir.

Buat anda semua, sila pastikan anda telah membayar tiket parkir terlebih dahulu sewaktu hendak keluar dari pusat membeli belah,bagi mengelakkan daripada anda perlu keluar dari kenderaan kerana hendak membayar tiket parkir.



Oleh: hzqahmd

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Pelanggan Kedai Perkakas Terkemuka Terbeli Berus Bulu Babi



Kadang-kadang, menjadi kebiasaan untuk kita membeli sesuatu barangan keperluan harian tanpa melihat bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.

Inilah yang berlaku kepada seorang pelanggan sebuah kedai perkakas rumah terkemuka apabila terbeli berus botol yang diperbuat daripada bulu babi, baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi status akaun Facebooknya, A Shukor Zuraida yang berbunyi:

"For my muslim FB friends: I've been looking for straw brush and found this. Bought it from Mr DIY shop without checking the details. It's made of 'white pig bristles'. Pls share wth our muslim brothers and sisters."

Pelanggan Kedai Terkemuka Kongsi Pengalaman Terbeli Berus Bulu Babi

Secara kasarnya, mungkin pembaca menganggap ia merupakan kesilapan pelanggan itu kerana tidak meneliti terlebih dahulu maklumat yang disertakan di bahagian belakang bungkusan berus itu.

Namun, kami yakin jika pihak MR. D.I.Y. mengasingkan produk tidak halal dengan produk lain, pasti tidak akan berlaku kejadian sebegini.

Menerusi Facebook Sukan Star TV pula, pihak kedai tersebut memberitahu penjualan produk tersebut sudah dihentikan dan mereka sedang mencari penyelesaian untuk perkara itu.

Pelanggan Kedai Terkemuka Kongsi Pengalaman Terbeli Berus Bulu Babi

Pelanggan Kedai Terkemuka Kongsi Pengalaman Terbeli Berus Bulu Babi

Diharapkan perkara ini dijadikan iktibar bukan sahaja oleh para pembaca yang beragama Islam di luar sana, tetapi juga kepada pihak kedai agar lebih sensitif dalam menyusun atur barangan mereka.

Oleh: ELZA

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Seorang Pelajar Mengejutkan PROFESSORnya dalam Presentationnya

Tarun Shakyawar present

Agak berani aksi seorang pelajar ini.., boleh kata gila dan sempoi dengan cara penyampaian beliau bersama lagu Linkin Park.

Jom tengok videonya dibawah




Tarun Shakyawar from SIBM Pune surprised everyone in his institution with a rocking presentation.

You will not believe what this guy did to make his presentation, interesting?

This 22year old student from SYMBIOSIS, Pune played a super-hit song by Linkin-Park and gained the attention of one and all. Soon all the students and even the professor were watching his presentation with excitement and undivided attention. This highlighted the changing face of nation’s desperado and managerial tactics. He started literally singing out his presentation for one of his courses and turned a boring presentation class into one-hell of a kick. He wrote lyrics to the tune of the immensely-popular Linkin Park song In the End. At the end of the presentation, the entire class gave him a standing ovation. It also fetched him the highest marks.

What more, He confessed that he made the whole video in less than an hour? What was supposed to be a boring presentation on Innovative HR practices, turned to be the most memorable day of his life as it earned him points and popularity all at the same time.The presentation became such a great HIT that even the audience started humming along with it.

Orang Buta Jual Tisu Perolehi Pendapatan RM2,500 Sebulan


KUALA LUMPUR - Menjadi tukang urut, menyanyi di kaki lima, menganyam bakul atau menjual tisu merupakan aktiviti mencari rezeki yang sudah sinonim dengan golongan cacat penglihatan di negara kita.

Namun begitu, hasil pemerhatian mStar Online selama beberapa minggu telah mendapati, dalam semua aktiviti tersebut, menjual tisu merupakan yang 'paling lumayan' dan paling mudah memperolehi wang.

Ia telah mendatangkan hasil yang besar sehinggakan mereka bukan sahaja mampu mengupah pengiring yang celik malah mampu menggaji pemandu.

mStar mendapati, kebanyakan orang buta yang memilih menjalankan aktiviti ini mampu memperoleh pendapatan bersih lebih RM2,500 sebulan sedangkan lain-lain pekerjaan golongan cacat penglihatan seperti tukang urut, penjual kerepek atau bakul mahupun mereka yang menyanyi di kaki lima sekitar RM1,500 hingga RM1,800 sebulan.

Malah jika penjual tisu ini rajin menjalankan aktiviti mereka sehingga ke luar ibu kota, pendapatan bulanan adalah lebih dari itu.

Angka itu belum lagi diambil kira bantuan yang diperolehi secara bulanan dan tetap daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu sekitar RM150 hingga RM300.

Seperkara lagi yang menarik ialah, hasil pemerhatian ini, mStar turut mengenali beberapa istilah yang digunapakai di kalangan masyarakat golongan cacat penglihatan itu sendiri bagi menggambarkan aktiviti mencari rezeki atau pekerjaan masing-masing.

Bagi aktiviti menjual tisu, gelarannya agak pelik, iaitu 'menangkap' manakala bagi pengiring mereka yang celik, ia dipanggil 'penarik'.

Istilah lain yang wujud termasuklah 'mengetin' (menyanyi di kaki lima), 'menangguk' (seorang diri jual tisu atau kacang) dan 'Halo Cik'(jual kerepek).

Bahagi Tiga

Percaya atau tidak, dalam semua pekerjaan yang biasa dibuat oleh orang buta, kerja 'menangkap' adalah yang paling senang dan mendapat hasil 'kencang'.

"Orang buta tak boleh 'menangkap' seorang diri, jadi mereka upah 'penarik'.

"Kumpulan ini adalah yang paling banyak memperolehi pendapatan di kalangan semua aktiviti golongan cacat penglihatan malah mengatasi jumlah pendapatan tukang urut. Mereka mampu bayar penarik dan ramai juga sekarang yang sudah mula mengupah pemandu untuk bergerak lebih jauh atau 'out-station'," dedah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan, kepada mStar Online.

Mazlan yang bekerja sendiri di ibu kota berkata, kerja 'menangkap' yang dibawa oleh seorang pemandu khas biasanya dilakukan dua kali sehari.

Si penjual tisu yang buta tidak perlu bimbang ditipu oleh penarik yang biasanya warga Indonesia atau pun pemandu kerana masing-masing telah bersetuju untuk mengagihkan 'hasil tangkapan' secara sama rata.

"Kalau dapat RM300 sekali keluar, duit itu akan dibahagi tiga iaitu untuk penjual, pengiring dan pemandu," katanya lagi.

Mazlan menambah, perkara itu diketahui daripada rakan-rakannya yang kebanyakannya menjalankan aktiviti tersebut dan tanpa segan-silu bercerita mengenai pendapatan 'mewah' mereka dengan mudah.

Tambahnya, selain mempunyai 'pemandu', hasil lumayan mereka juga biasanya diterjemah melalui gaya hidup yang lebih senang, termasuklah telefon bimbit pintar.

Bercerita lebih lanjut mengenai pemandu yang diupah, Mazlan berkata kebanyakan mereka dipertanggungjawabkan untuk membawa si penjual tisu dan pengiring ke lokasi-lokasi tertentu yang dianggap sebagai 'lubuk emas'.

Di ibu kota, kawasan yang sering menjadi tumpuan mereka ialah Bangsar, Bukit Bintang, Chow Kit, Danau Kota dan Kampung Baru.

Kawasan-kawasan ini mempunyai kawasan tumpuan gerai makan dan medan selera yang popular dan banyak.

Mengembangkan Empayar 'Menangkap'

Namun, katanya sejak akhir-akhir ini ramai pemandu diminta supaya mengembangkan kawasan tangkapan oleh si penjual tisu yang bertindak sebagai bos mereka dalam memilih lokasi untuk menjual tisu.

"Mereka kini meminta pemandu membawa mereka pergi 'menangkap' di luar Kuala Lumpur seperti ke Johor, Negeri Sembilan atau Kedah.

"Persaingan di luar Kuala Lumpur adalah kurang dan masyarakat lebih bermurah hati untuk 'membeli' tisu dan bersedekah berbanding orang di sini yang semakin berkira-kira untuk bersedekah kerana saban hari diganggu oleh penjual tisu," katanya lagi.

Sementara itu, Pak Ali (bukan nama sebenar) yang menjadikan kerja membawa orang buta pergi menangkap sebagai kerja sambilan sejak tahun lepas mengakui bayaran yang diterimanya mampu menampung kos sara hidup keluarga.

Kata Pak Ali, dia tidak mempunyai jadual tetap untuk pekerjaannya itu, sebaliknya hanya menunggu panggilan telefon oleh mana-mana orang buta yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Jelas Pak Ali lagi, walaupun ramai yang keluar menangkap hampir setiap hari, namun mereka tidak menggunakan khidmat pemandu pada setiap masa.

"Kalau menangkap tempat yang dekat-dekat mereka naik LRT atau teksi sahaja, lebih murah kosnya.Tapi kalau mereka mahu pergi jauh, mereka akan telefon saya dan minta saya menjemput dan menghantar mereka ke lokasi tertentu," ujarnya.

Pak Ali menambah, kebiasaannya dia dibayar antara RM60 hingga RM150 setiap kali membawa orang buta 'menangkap' dan pengiraan akan dilakukan bersama-sama dalam kereta selepas selesai aktiviti 'menangkap'.

"Selama saya buat kerja ini belum pernah timbul masalah tentang bayaran. Pernah juga saya terfikir mereka (penarik dan orang buta) mungkin berpakat tipu saya tapi saya rasa perkara itu tak berlaku. Saya percaya mereka," tegas Pak Ali yang memandu Proton Iswara.

Jelas Pak Ali, ada juga orang buta yang meminta dia sendiri yang mengira hasil yang diperolehi mereka.

Dalam pada itu, Pak Ali turut mengakui ada rakan-rakannya yang membawa orang buta pergi 'menangkap' di luar Selangor dan Kuala Lumpur.

Malah, dia sendiri pernah ditawarkan oleh orang buta untuk pergi ke Johor dan Melaka.

"Tetapi saya tolak sebab keadaan kereta saya yang tidak mengizinkan. Setakat Kuala Lumpur dan Lembah Klang tak ada masalah nak bawa mereka," katanya.

Mengenai lokasi menangkap, Pak Ali berkata keputusan biasanya dibuat melalui perbincangan bersama. Namun katanya, ada juga orang buta yang menyerahkan keputusan memilih lokasi menangkap dibuat oleh pengiring mereka.

Mengulas perkembangan terkini pekerjaannya yang sering berdampingan dengan orang buta, Pak Ali berkata pada masa ini pemilihan lokasi 'menangkap' perlu dibuat dengan tepat bagi memastikan orang buta, pengiring dan pemandu tidak pulang dengan tangan kosong.

"Kalau boleh mereka mahu elak daripada bertembung dengan rakan-rakan lain yang menjalankan aktiviti yang sama. Kalau terlalu ramai orang jual tisu di satu tempat atau restoran yang sama, sudah tentulah hasil pendapatan kurang memuaskan. Sebab itu sekarang saya sering diajak pergi jauh sedikit seperti ke Selayang, Gombak atau Ampang," katanya. - MYNEWSHUB

Lelaki ‘Kebal’ Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih


Ibarat jatuh ditimpa tangga.

Itu yang berlaku kepada seorang gadis berusia 25 tahun apabila gambar-gambar bogelnya tersebar di laman sosial oleh bekas teman lelakinya.

Ini berikutan apabila mangsa dikatakan memutuskan hubungan cinta mereka sejak dua bulan yang lepas hingga mencetuskan dendam dan berang kepada lelaki tersebut.

KesApa-M
Menurut laporan The Rakyat Post, mangsa, Nor Fathiah Idris, 25 tahun baru sahaja mengetahui perkara tersebut apabila rakannya memaklumkan perkara itu setelah menyedari gambar-gambar Fathiah sedang berkemban memakai tuala tersebar di laman sosial, Facebook pada 2 Disember lalu.

Malangnya, tiada apa mampu dilakukan dan menyekat perkara mengaibkan itu apabila bekas teman lelaki wanita tersebut dikatakan dari keluarga yang terpengaruh.

Perkara itu didakwa oleh ibu mangsa, diberitahu sendiri oleh pihak polis hingga menyebabkan seolah sukar untuk mengambil tindakan.

Lebih parah, gambar bogel tersebut terus menjadi viral di aplikasi permesejan WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri.


940_12 (1) Nor Fathiah Idris, 25 tahun (kanan)

Menurut Fathiah, perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh bekas teman lelaki yang dikenali sebagai Irfan ini menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa menanggung malu.

“Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu." ujar Fathiah.
Malah, bekas teman wanita ini turut mengaku lelaki yang pernah dicintainya dahulu pernah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan beberapa jenayah lain di Johor Bahru.

Ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, sendiri tidak percaya beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.

“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Irfan didakwa mempunyai abang lelaki yang merupakan exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

VIDEO SAMPINGAN - Lawak Ambil Gambar Bogel, Mesti LIHAT !!!




Gambar Lelaki dilibas sabit akibat berzina isteri orang



 BACHOK: Seorang lelaki cedera parah akibat dibelasah dan dilibas dengan objek tajam.
Dalam kejadian itu, mangsa telah dilibas dengan sabit di bahagian belakang leher mengakibatkan telinganya putus separuh. Mangsa juga ditikam dengan sabit di bahagian belakang badannya.



 Mangsa yang kehilangan banyak darah, dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Menurut sumber, punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang dipercayai berzi-na dengan isteri orang.
Suami wanita yang berang terus menyerang mangsa dengan sabit sebelum menikam bahagian belakang badannya


Budak Mati Lemas Jatuh Kolam

mati lemas



Seorang ibu kelu dan terkejut apabila melihat bayi lelakinya berusia 16 bulan lemas dalam sebuah kolam selepas sejam dilaporkan hilang di Kampung Bayor, Balai Ringin, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika bayi terbabit Matles Marselino berseorangan bermain di belakang rumah yang turut menempatkan sebuah kolam dengan kedalaman 0.3 meter.
Sumber polis berkata, kehilangan Matles disedari sejam kemudian selepas wanita itu tidak melihat kelibat bayi terbabit sebelum keluar mencari di sekitar belakang rumah.

"Ibu mangsa cuba memanggilnya, namun tiada sahutan sebelum mencari berhampiran kolam terbabit dan melihat anaknya dalam keadaan keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam itu.
"Wanita itu cuba menggerakkan tubuh anaknya, tapi tiada tindak balas lalu memaklumkan perkara itu kepada suaminya. Bayi itu dikejarkan ke Klinik Desa Balai Ringin, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya.

VIDEO: Pemain Singapura ‘Meroyan’ Naik Angin Lepas Kalah


Topik kemenangan skuad Harimau Malaya ketika menentang Singapura dua hari lalu masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.

Yelah, dari penyebaran gambar salah seorang pemain, Safee Sali merokok sehinggalah kehilangan penjaga gawang Singapura ketika permainan masih berlangsung, ramai yang menarik nafas lega apabila pasukan Malaysia layak bertanding ke peringkat separuh akhir.

vlcsnap-2014-12-01-15h05m20s49

Cerita yang terbaru, satu laman berita Singapura, Singapore Seen mendedahkan  satu video 'amuk' salah seorang pemain simpanan skuad Singapura.

Mana tidaknya, dalam video tersebut, pemain itu dilihat terpaksa ditenangkan pegawai kesihatan dan rakan pasukannya. Dia juga dilihat menendang barang berdekatan akibat amarah yang melampau! Ganas betul.



Rata-rata pengguna laman Facebook di Singapura tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut yang dilihat melampau dan tidak menggambarkan dirinya memiliki semangat kesukanan yang baik.

Malah, ada yang menulis, tindakan mengamuk tersebut lebih memalukan dari kekalahan skuad mereka menentang Malaysia!

Yelah, dalam mana-mana acara pun, dah tentulah ada pihak yang akan menang dan kalah. Adat pertandingan kan? So, relax la brother. Lain tahun cuba lagi, okay?

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Suami Minta ZALORA Jangan Layan Isterinya Shopping


Terkekeh-kekeh ketawa membaca posting yang dimuat naik oleh seorang suami yang tidak tahan melihat tabiat isterinya yang 'gila' bershopping di sebuah portal beli-belah online terkenal, ZALORA Malaysia ini.

Mana tidaknya, sang suami dengan selamba siap berpesan pada portal beli-belah online tersebut agar jangan melayan lagi jika isterinya ingin membeli-belah disitu. haha...

Lebih lucu, suami tersebut sempat memberi pelbagai alasan dan idea yang boleh diguna oleh pihak ZALORA supaya isterinya berputus asa dan membuang tabiat supaya tidak bershopping lagi.

" Pura-puralah kata server down ke, computer rosak ke. Pandai-pandailah bagi alasan yer" ujar sang suami meminta simpati kepada pihak ZALORA.

Sampai macam itu sekali taw. Agak-agaknya ini mesti kes duit laki banyak habis gara-gara bini 'gila shopping'. Haha...

1



Dia juga sempat memohon kepada pihak ZALORA agar dapat mengusir terus bininya secara rahsia daripada bershopping disitu.

Betul-betul kes parah ini, sampaikan dia memaklumkan nama isterinya kepada pihak ZALORA.

Susulan posting suami tersebut, berjaya mendapat reaksi daripada pihak ZALORA sendiri hingga mencetuskan tawa pada admin page tersebut. Hihi...

Menurut pihak ZALORA, mereka tidak mampu mengesan pelanggan yang melayari web mereka dan tidak boleh berpura-pura menyatakan server mereka down.

Alahai, apa yang mampu kami katakan, sabarlah bang oii! Huhu..

Yelah, kesian bini abang penat memasak dan menjaga anak-anak. Apa salahnya sesekali abang belanja isteri abang membeli-belah. Berganda-ganda pahala taw!

Kaum wanita sememangnya amat gemar bershopping, tetapi haruslah berpada-pada mengikut kemampuan diri sendiri bak kata pepatah " ukur baju dibadan sendiri".

Oleh : KAKAK BUNGA

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Top